Monday 11 July 2011

cantik bergaya!

assalam semua,
salam Julai bulan kelahiranku :-)

cerita kali ini, ringkas dan padat, sebab? nak kemas-kemas barang nak gi sampling tuk FYP petang nanti.

sudah hampir sebulan saya tidak mengepos cerita di KTK ni, maklumlah sibuk dengan kerja sabagai pelatih Latihan Industri (LI) di Jabatan PERHILITAN Terengganu, banyak juga yang telah saya kecapi hasil daripada LI ini.

Yang Pertama, saya dapat mengenal gajah secara lebih dekat secara keseluruhannya (asas jer)
Yang Kedua, saya dapat mempelajari kerja-kerja dan pengurusan konflik manusia-hidupan liar di Terengganu
Yang Ketiga, saya dapat mengetahui aktiviti penguatkuasaan dan perundangan termasuklah pengeluaran permit dan lesen..
Yang Keempat dan seterusnya....

Penghargaan dan terima kasih semua warga PERHILITAN Terengganu kerana memberi ilmu kepada saya secara langsung atau tidak langsung.


...........................................................................................................

11 hari berlalu, macam-macam perkara berlaku, contohnya saya melancong ke Penang, dalam sejarah itulah kali pertama ke Pulau Pinang ^-^ , (Sebarang Prai slalu dah pergi) hehe... seronok jugak la, mana tak nye, pengiraan perjalanan hampir 1500km, fuh! balik ke rumah baru sedar betapa jauhnya percutian kali ini (dalam sejarah juga)

dalam 11 hari juga genap la umur saya 28 tahun pada 9 Julai lalu, tua juga saya ya, besela, makin meningkat tahun makin tua la kita semuanya, ade tak sape-sape yang makin lama makin muda umurnya?? angkat tangan sket.. kalau ade tu nnti tinggal-tinggala jejak anda ya, kot-kot la 28 boleh jadi 18.. haha, tak mungkin terjadi, (sedar la diri tu dah tua, saje nak pasan sket).... dah abes.. saya paparkan sikit gambar dibawah ni! layan!

    teke kat mana ni?? haha

    jangan salah faham, snap gambar ni mase kete bergerak 50km/j

    ni pon same 50 lebih sket km/j

    yum yum! kat Butterworth (bus stand)

    yang ni anak buah kesayanganku RIZQ..

11-7-11 (cantik bergaya! tinggal sejarah)

tamat!

kapal terbang kertas a.k.a fadhli adzemi
10.15AM, 11/7/11