Tuesday 4 October 2011

saya sudah dimiliki..

assalam semua,
hai putera puteri Malaysia..

tak ku sangka pada 17/8/2011 lalu, yakni posting yang terakhir saya buat (cinta agung),  merupakan tanda untuk saya dimiliki sepenuhnya oleh seseorang.. syukur Alhamdulillah, 17hb juga merupakan tarikh yang sangat sangat istimewa.. terima kasih awak kerana berikan saya hati awak tuk saya semaikan kasih sayang saya.. (tidak dapat diluahkan dengan kata-kata, hanya mampu tersenyum)

saya sangat bahagia (^_@)
sekian saja tuk entri ini..


kapal terbang kertas a.k.a fadhli adzemi
2.07AM, 4/10/2011

Wednesday 17 August 2011

Cinta Agung

Assalamualaikum semua
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah

Sedikit kisah cerita ingin saya kongsi bersama, mudah-mudahan saudara-saudari sekalian mendapat manfaat daripada apa yang saya kongsikan.

Semulajadinya roh manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara 'sayang' dengan 'kasih sayang'. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan. Sedikit kisah dikongsi bersama diceritakan dibawah.

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apata...h lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah. ”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya? Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?” Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?” Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.” Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.” Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!” Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w. Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!” Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?” “Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w. Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya. Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?” Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” “Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.” “Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai. Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa berTuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segalagalanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya.

Cinta Yang Hakiki....

p/s daripada kisah Saidina Ali & Saidatina Fatimah : Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya kapel, kerana berkapel itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a. Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.















kapal terbang kertas a.k.a fadhli adzemi
12.14PM, 17/8/11

Monday 11 July 2011

cantik bergaya!

assalam semua,
salam Julai bulan kelahiranku :-)

cerita kali ini, ringkas dan padat, sebab? nak kemas-kemas barang nak gi sampling tuk FYP petang nanti.

sudah hampir sebulan saya tidak mengepos cerita di KTK ni, maklumlah sibuk dengan kerja sabagai pelatih Latihan Industri (LI) di Jabatan PERHILITAN Terengganu, banyak juga yang telah saya kecapi hasil daripada LI ini.

Yang Pertama, saya dapat mengenal gajah secara lebih dekat secara keseluruhannya (asas jer)
Yang Kedua, saya dapat mempelajari kerja-kerja dan pengurusan konflik manusia-hidupan liar di Terengganu
Yang Ketiga, saya dapat mengetahui aktiviti penguatkuasaan dan perundangan termasuklah pengeluaran permit dan lesen..
Yang Keempat dan seterusnya....

Penghargaan dan terima kasih semua warga PERHILITAN Terengganu kerana memberi ilmu kepada saya secara langsung atau tidak langsung.


...........................................................................................................

11 hari berlalu, macam-macam perkara berlaku, contohnya saya melancong ke Penang, dalam sejarah itulah kali pertama ke Pulau Pinang ^-^ , (Sebarang Prai slalu dah pergi) hehe... seronok jugak la, mana tak nye, pengiraan perjalanan hampir 1500km, fuh! balik ke rumah baru sedar betapa jauhnya percutian kali ini (dalam sejarah juga)

dalam 11 hari juga genap la umur saya 28 tahun pada 9 Julai lalu, tua juga saya ya, besela, makin meningkat tahun makin tua la kita semuanya, ade tak sape-sape yang makin lama makin muda umurnya?? angkat tangan sket.. kalau ade tu nnti tinggal-tinggala jejak anda ya, kot-kot la 28 boleh jadi 18.. haha, tak mungkin terjadi, (sedar la diri tu dah tua, saje nak pasan sket).... dah abes.. saya paparkan sikit gambar dibawah ni! layan!

    teke kat mana ni?? haha

    jangan salah faham, snap gambar ni mase kete bergerak 50km/j

    ni pon same 50 lebih sket km/j

    yum yum! kat Butterworth (bus stand)

    yang ni anak buah kesayanganku RIZQ..

11-7-11 (cantik bergaya! tinggal sejarah)

tamat!

kapal terbang kertas a.k.a fadhli adzemi
10.15AM, 11/7/11

Friday 17 June 2011

JUMAAT kembali..

assalam semua..
hai wanita cantik lelaki hensem..

datangnya hari Jumaat, pasti hati gembira kerana di Terengganu Jumaat cuti, yahooo dot com.

hari ini saya mahu share sikit supaya rohani kita mendapat sikit makanan, mudah-mudahan membawa kita ke jalan yang lurus dan diredhai Allah.

bila teringat kembali kata-kata tuan khatib tadi "ketenangan jiwa lahir dari solat" indah kan saat itu??pastinya setiap daripada kita mahukan sesuatu seperti itu, kalau mahukan itu, gapailah ia.. mudah-mudahan anda semua dapat mengecapi ketenangan abadi..

berkait dengan itu, di blog farahin's journal terbaca saya 7 Orang Yang Mendapat Perlindungan Allah. saya kopi pes jer yer.. 

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
7 orang yang kelak mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan kecuali perlindungan-NYA, iaitu:

satu (1) Imam yang adil
dua (2) Pemuda yang selalu beribadah kepada Allah
tiga (3) 2 Orang yang saling mencintai kerana Allah , berkumpul dan berpisah atas dasar cinta kepada Allah.
empat (4) Orang yang hatinya selalu bergantung pada masjid
lima (5) Lelaki yang didatangi dan dipujuk oleh seorang perempuan yang memiliki harta dan kekuasaan tetapi ia mengatakan aku takut kepada Allah s.w.t
enam (6) Orang yang bersedekah secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang dikeluarkan tangan kanannya
tujuh (7) Orang yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t sampai berlinang air mata.

sekian saja entri kali ini.. terima kasih kepada farahin's journal, mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah.. amin

kapal terbang kertas a.k.a fadhli adzemi
3.54PM, 17/6/2011

Saturday 11 June 2011

cantiknyer die tu!

assalam semua..
hai wanita anggun lelaki bergaya..

i have nothing to write today, just wanna post the date that i think it's beautiful, relate to the title yups.. 'cantiknya die tu!' 11-6-11 cantik kan?? itulah sebenarnya.. haha ops! maaf ya ^_^

11-6-11 (saya suke die ^_@)

ok la, selamat berhujung minggu semua (negeri Pantai Timur jer)

ding dong

kapal terbang kertas a.k.a fadhli adzemi
1.59PM, 11/6/2011

Friday 10 June 2011

Ravi de vous rencontrer ^_@ i'm new here..


assalam semua..

hello to all blogger, i'm new here, i mean i'm new in this blog, not a new blogger kih! kih! kih!

walaupun saya saje-saje buat blog dan nampak macam tak berguna, tapi saya akan usaha untuk menidakkan apa yang saya tulis ini ^_^

and for all blogger, silalah beri tunjuk ajar dan semangat kepada saya ya untuk memenuhi cerita-cerita harian KAPAL TERBANG KERTAS saya..

owh, sudah petang nampaknya, saya perlu keluar untuk menyihatkan badan saya ini, ops! before that, let me introduce myself, Ahmad Fadhli Adzemi, now 3rd year student at UMT (degree of biodiversity) and nak kenal saya, sila lihat gambar di atas, ekspresi muka yang secara sengaja tapi hakikatnya itulah saya, and for all, thanks for reading this story..

ravi de vous rencontrer ^_@

kapal terbang kertas a.k.a fadhli adzemi
4:12PM, 10/6/2011