Friday 17 June 2011

JUMAAT kembali..

assalam semua..
hai wanita cantik lelaki hensem..

datangnya hari Jumaat, pasti hati gembira kerana di Terengganu Jumaat cuti, yahooo dot com.

hari ini saya mahu share sikit supaya rohani kita mendapat sikit makanan, mudah-mudahan membawa kita ke jalan yang lurus dan diredhai Allah.

bila teringat kembali kata-kata tuan khatib tadi "ketenangan jiwa lahir dari solat" indah kan saat itu??pastinya setiap daripada kita mahukan sesuatu seperti itu, kalau mahukan itu, gapailah ia.. mudah-mudahan anda semua dapat mengecapi ketenangan abadi..

berkait dengan itu, di blog farahin's journal terbaca saya 7 Orang Yang Mendapat Perlindungan Allah. saya kopi pes jer yer.. 

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
7 orang yang kelak mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan kecuali perlindungan-NYA, iaitu:

satu (1) Imam yang adil
dua (2) Pemuda yang selalu beribadah kepada Allah
tiga (3) 2 Orang yang saling mencintai kerana Allah , berkumpul dan berpisah atas dasar cinta kepada Allah.
empat (4) Orang yang hatinya selalu bergantung pada masjid
lima (5) Lelaki yang didatangi dan dipujuk oleh seorang perempuan yang memiliki harta dan kekuasaan tetapi ia mengatakan aku takut kepada Allah s.w.t
enam (6) Orang yang bersedekah secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang dikeluarkan tangan kanannya
tujuh (7) Orang yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t sampai berlinang air mata.

sekian saja entri kali ini.. terima kasih kepada farahin's journal, mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah.. amin

kapal terbang kertas a.k.a fadhli adzemi
3.54PM, 17/6/2011

2 comments:

  1. nice entry..
    mmg indah saat itu n mesti dmnfaatkn dgn sebaiknyakan..kelate pn cti gak hari jumaat.huhu

    ReplyDelete
  2. semoga pintu hidayah kita sentiasa terbuka..

    ReplyDelete